SETARA

Sistem SETARA ini berasaskan kepada enam domain utama yang mengandungi 87 petunjuk yang dibentuk hasil konsultasi dengan semua universiti awam tempatan.

Penarafan pengajian tinggi adalah mekanisme yang digunakan untuk mengukur kualiti, kebertanggungjawaban serta penunjuk prestasi institusi pengajian tinggi. Ia merupakan langkah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dalam usaha membudayakan penambahbaikan kualiti berterusan (Continuous Quality Improvement, CQI). Pembinaan instrumen untuk digunapakai dalalam proses penarafan IPT di Malaysia mengambil kira perbezaan dan diversiti yang wujud di kalangan IPT di Malaysia. Kesemua universiti-universiti awam telah diklasifikasikan kepada tiga kelas seperti berikut

  1. Universiti berorientasikan penyelidikan (research intensive university) - universiti yang menumpukan jumlah sumber dan fokus yang tinggi terhadap penyelidikan.

  2. Universiti umum (broad-based university) - iaitu universiti-universiti yang menawarkan program komprehensif dalam pelbagai disiplin

  3. Universiti khusus (specialised university) - universiti-universiti yang menawarkan program-program dalam disiplin khusus

Blog 1Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi MyGovernment uthm linksirimcircle  UPM Portal USM Portal UTM Portal UM Portal UKM Portal