Pengenalan

Pejabat Strategik dan Komunikasi Korporat ( PSKK ) , UTHM telah ditubuhkan pada tahun 1998 dengan menggunakan nama Bahagian Pengurusan Kualiti dan Perancangan Korporat ( BPKPK ).

Seiring dengan perkembangan pengurusan kualiti di UTHMBPKPK kemudiannya dikenali sebagai Pejabat Pengurusan Strategik & Kualiti ( PPSK ) pada 1 Ogos 2009 , dan telah menjadi tunggak utama dalam menerajui pencapaian persijilan ISO 9001 : 2000 UTHM. Sehinggalah pada 30 Jun 2016.

PPSK telah dijenamakan semula kepada Pejabat Strategik dan Komunikasi Korporat ( PSKK ) dengan diperluaskan tanggungjawab dalam pengurusan dan perancangan komunikasi korporat , manakala skop tugas berkaitan pengurusan kualiti dipindahkan kepada Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik , UTHM.

Kini , PSKK memegang peranan sebagai peneraju utama dalam Perancangan Strategik Universiti dan Pengurusan Risiko , Pengurusan Komunikasi Korporat , dan  Pengurusan  Data-data  UTHM ( sebagai One-Stop-Data Centre ).

Fungsi PSKK ini diperjelaskan melalui tiga ( 3 ) jabatan utama iaitu Jabatan Perancangan Strategik , Jabatan Komunikasi Korporat , dan Jabatan Pengurusan Data.

 

SLOGAN

Q First.

 

VISI

Mencapai budaya kerja berkualiti secara menyeluruh.

 

MISI

Untuk Memperkasakan Perancangan Strategik untuk Mencapai Keberhasilan Universiti dan Menyerlahkan Penjenamaan UTHM melalui Komunikasi Berkesan.

 

 

OBJEKTIF :

  1. Memperkasa pengurusan strategi UTHM melalui penambahbaikan urusan perancangan , pelaksanaan dan pemantauan strategi bagi memenuhi keperluan UTHM dan pihak berkepentingan.
  2. Membentuk dan meningkatkan imej , identiti , reputasi dan penjenamaan UTHM melalui saluran komunikasi yang sesuai.
  3. Menyelaras , mengurus dan mengintegrasikan data dan maklumat dari pelbagai sumber di UTHM untuk tujuan membuat keputusan dan hebahan.

Blog 1Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi MyGovernment uthm linksirimcircle  UPM Portal USM Portal UTM Portal UM Portal UKM Portal