PERANCANGAN STRATEGIK UTHM

PENGENALAN

 

Perancangan Strategik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah digubal dengan Visi , Misi dan Matlamat yang baru untuk menjadikan Universiti bertaraf dunia dalam kejuruteraan , sains dan teknologi untuk dan Seterusnya juga adalah untuk merealisasikan kecemerlangan pengajian tinggi dalam pembangunan dan transformasi negara.

 

Aspek terpenting dalam Perancangan Strategik ini ialah proses melaksanakan perancangan tindakan tersebut agar UTHM terus unggul melalui peningkatan daya saing antara warga UTHM dalam mengharungi arus persaingan globalisasi antara universiti dan seterusnya mengatur langkah penting dalam mencapai Visi dan Misi Universiti secara keseluruhannya.

 

 

 

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN PERANCANGAN STRATEGIK

 

Berikut adalah garis panduan yang digunapakai oleh pihak Universiti dalam merancang dan membangunkan Perancangan Strategik Universiti ini :-

  1. Perancangan yang dibuat adalah konsisten dengan Matlamat Universiti dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian Matlamat tersebut secara keseluruhannya.
  2. Perancangan yang dibangunkan adalah hasil perbincangan bersama oleh pihak Pengurusan Tertinggi Universiti dan dipersetujui oleh stakeholder Universiti.
  3. Perancangan tersebut mencerminkan aspirasi yang tinggi ( tetapi munasabah ) dan menunjukkan daya kreativiti serta inovatif dalam menetapkan Matlamat dan Objektif Fakulti serta PTJ.
  4. Perancangan mengandungi indikator-indikator yang bersesuaian dan mencerminkan/boleh mengukur Matlamat serta Objektif yang telah ditetapkan.
  5. Dokumen Perancangan harus mengandungi Tujuan Pembangunan , Halatuju Universiti , Visi , Misi , Strategi digunapakai , Sumber-sumber yang ada serta Pemantauan dan Penilaian.

 

 

 

HALA TUJU UTHM

Aspirasi UTHM adalah untuk memberi pendidikan tinggi yang bertujuan meningkatkan amalan profesionalisme , memajukan teknologi dan secara umumnya memberi sumbangan bagi aplikasi , penciptaan dan keluasan pengetahuan serta peningkatan intelektual untuk kepentingan masyarakat. Oleh itu , UTHM telah melihat kembali dan memantapkan halatuju yang memerlukan satu transformasi selari dengan Transformasi Pengajian Tinggi Negara. Model Transformasi Strategik UTHM bagi tahun 2011 hingga 2016. Melalui aspirasi baru ini , pernyataan Halatuju UTHM 2016 diterjemahkan melalui slogan berikut :-

Blog 1Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi MyGovernment uthm linksirimcircle  UPM Portal USM Portal UTM Portal UM Portal UKM Portal