Jabatan Pengurusan Kualiti

 

LATAR BELAKANG

 

 

Pengurusan Kualiti di UTHM telah bermula sejak 1998 dengan penubuhan Pejabat Pengurusan Kualiti dan Perancangan Korporat yang mana sekarang dikenali sebagai Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti (PPSK). Jabatan Pengurusan Kualiti (JPK) merupakan salah satu jabatan yang berada di bawah pengurusan PPSK di mana antara tanggungjawab utama jabatan adalah mengendalikan sistem pengurusan kualiti di UTHM.

UTHM telah memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000 (AR 2478) pada tahun 2001. Ini adalah selaras dengan arahan kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU iaitu PKPA Bil. 4/1991: Panduan Mengenai Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Awam, PKPA Bil. 1/1992: Panduan Menguruskan Kualiti Menyeluruh (TQM) Perkhidmatan Awam, PKPA Bil. 2/1996: Garis Panduan Melaksanakan ISO9001:2000 dalam Perkhidmatan Awam dan PKPA Bil. 1/2002: Garis Panduan Semakan Semula Prosedur dan Proses Kerja di Agensi Kerajaan.

MS ISO 9001:2008 telah mula diimplementasikan pada 2010. Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi sistem pengurusan kualiti merangkumi proses utama Universiti iaitu pengajaran dan pembelajaran. Skop pengauditan melibatkan

       (i) Rekabentuk dan Pembangunan Program Akademik.

(ii) Penyediaan Perkhidmatan bagi Pelaksanaan Akademik di Peringkat Diploma dan Sarjana Muda. 

Selain daripada menguruskan sistem pengurusan kualiti universiti, JPK juga bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Amalan 5S termasuk menguruskan audit dalaman amalan 5S. Amalan 5S telah dimulakan sejak 2005 di UTHM sehingga kini bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, selesa, selamat dan seragam untuk membudayakan kerja yang berkualiti dan efektif dalam meningkatkan produktiviti secara berterusan di kalangan warga UTHM selaras dengan Polisi Kualiti Universiti.

Dalam usaha mempertingkatkan kecekapan dan penambahbaikan sistem urus tadbir universiti, sistem saluran aduan dan cadangan dalaman (SACAD) atas talian telah dibangunkan untuk warga UTHM membuat aduan atau cadangan kepada pihak pentadbiran universiti. PPSK melalui JPK bertindak sebagai sekretariat berperanan untuk merancang dan memantau semua aktiviti berkaitan aduan dan cadangan dalaman universiti supaya segala kekurangan dan kelemahan akan dapat diatasi serta peningkatan kualiti perkhidmatan dapat dilakukan dari semasa ke semasa.

 

TARIKH-TARIKH PENTING BAGI TAHUN 2016

 

 

Aktiviti

Tarikh

Audit Dalaman Amalan 5S

22 – 26 Mei 2016

Audit Dalaman Kualiti MS ISO 9001:2008

07 – 18 Ogos 2016

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

September 2016

Re-certification Audit MS ISO 9001:2008

Oktober 2016

 

 

Blog 1Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi MyGovernment uthm linksirimcircle  UPM Portal USM Portal UTM Portal UM Portal UKM Portal