PERANCANGAN STRATEGIK UTHM

PENGENALAN

 

Perancangan Strategik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah digubal dengan Visi , Misi dan Matlamat yang baru untuk menjadikan Universiti bertaraf dunia dalam kejuruteraan , sains dan teknologi untuk dan Seterusnya juga adalah untuk merealisasikan kecemerlangan pengajian tinggi dalam pembangunan dan transformasi negara.

 

Aspek terpenting dalam Perancangan Strategik ini ialah proses melaksanakan perancangan tindakan tersebut agar UTHM terus unggul melalui peningkatan daya saing antara warga UTHM dalam mengharungi arus persaingan globalisasi antara universiti dan seterusnya mengatur langkah penting dalam mencapai Visi dan Misi Universiti secara keseluruhannya.

 

 

 

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN PERANCANGAN STRATEGIK

 

Berikut adalah garis panduan yang digunapakai oleh pihak Universiti dalam merancang dan membangunkan Perancangan Strategik Universiti ini :-

  1. Perancangan yang dibuat adalah konsisten dengan Matlamat Universiti dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian Matlamat tersebut secara keseluruhannya.
  2. Perancangan yang dibangunkan adalah hasil perbincangan bersama oleh pihak Pengurusan Tertinggi Universiti dan dipersetujui oleh stakeholder Universiti.
  3. Perancangan tersebut mencerminkan aspirasi yang tinggi ( tetapi munasabah ) dan menunjukkan daya kreativiti serta inovatif dalam menetapkan Matlamat dan Objektif Fakulti serta PTJ.
  4. Perancangan mengandungi indikator-indikator yang bersesuaian dan mencerminkan/boleh mengukur Matlamat serta Objektif yang telah ditetapkan.
  5. Dokumen Perancangan harus mengandungi Tujuan Pembangunan , Halatuju Universiti , Visi , Misi , Strategi digunapakai , Sumber-sumber yang ada serta Pemantauan dan Penilaian.

 

 

 

HALA TUJU UTHM

Aspirasi UTHM adalah untuk memberi pendidikan tinggi yang bertujuan meningkatkan amalan profesionalisme , memajukan teknologi dan secara umumnya memberi sumbangan bagi aplikasi , penciptaan dan keluasan pengetahuan serta peningkatan intelektual untuk kepentingan masyarakat. Oleh itu , UTHM telah melihat kembali dan memantapkan halatuju yang memerlukan satu transformasi selari dengan Transformasi Pengajian Tinggi Negara. Model Transformasi Strategik UTHM bagi tahun 2011 hingga 2016. Melalui aspirasi baru ini , pernyataan Halatuju UTHM 2016 diterjemahkan melalui slogan berikut :-

PENGURUSAN RISIKO UTHM

PENGURUSAN RISIKO

TUJUAN PENGURUSAN RISIKO

  • Mewujudkan konteks rangka kerja Pengurusan Risiko (" ERM" ) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (“UTHM”)
  • Garis panduan staf bagi mengenal pasti risiko , pengukuran, kawalan, pemantauan berterusan, dan kebertanggungjawaba
  • Menyelaras dan menyeragamkan pemahaman dan aplikasi ERM di UTHM

 

Risiko organisasi dan objektif UTHM sangat berkait rapat. Pencapaian objektif UTHM, samada dalam jangka pendek, sederhana mahupun objektif jangka panjang perlulah dirancang dengan teliti termasuklah mengambil kira risiko-risiko yang mungkin akan berlaku sepanjang perlaksanaan strategi yang telah dibangunkan.

 visi

 

 

POLISI PENGURUSAN RISIKO UTHM

Pengurusan Risiko UTHM dibangunkan untuk mewujudkan konteks pengurusan risiko yang berkesan bagi membolehkan UTHM mencapai objektif penubuhannya.

 

 

ERM FRAMEWORK

Rangka kerja ERM oleh Commission of Sponsoring Organizations of the Treadway Commission (COSO) menyediakan standard yang lebih luas dan konsisten untuk melaksana dan menilai program ERM organisasi.

ERM menyediakan pendekatan yang lebih menyeluruh. ERM mengambilkira aktiviti di semua peringkat organisasi.

•           Enterprise-level

•           Division or subsidiary

•           Business unit processes

Melalui ERM COSO ini, organisasi boleh menjajarkan strategi organisasi dengan proses operasi. Ianya juga dapat memastikan pematuhan seluruh anak syarikat kepada pengurusan risiko dan peluang perniagaan organisasi.

 

ERM adalah pendekatan berasaskan proses - Dimana pelbagai komponen berinteraksi sebagai sebahagian daripada proses yang berterusan dan berulang.

•           Persekitaran dalaman

•           Penetapan Objektif

•           Pengenalpastian peristiwa

•           Penilaian risiko

•           Respon risiko

•           Aktiviti kawalan

•           Maklumat dan komuikasi

•           Pemantauan

Skop Tugas Ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko UTHM :

Mewujudkan kawalan dalaman terhadap semua aktiviti dan proses kerja

  • Merancang, mengurus dan melaksanakan proses pengurusan risiko dan pelan tindakan di PTJ masing-masing;
  • Menyediakan kaedah-kaedah pengurusan risiko mengikut keperluan dan peraturan yang ditetapkan.
  • Melaporkan status pelan tindakan kepada ketua PTj masing-masing untuk disampaikan kepada Pengurusan Universiti
  • Memastikan risiko kritikal dipertimbangkan dalam pelan pengurusan
  • Mengkaji semula profil risiko dan prestasi PTJ.
  • Menerapkan budaya pengurusan risiko dalam tadbir urus universiti di semua peringkat


Blog 1Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi MyGovernment uthm linksirimcircle  UPM Portal USM Portal UTM Portal UM Portal UKM Portal