Sekapur Sirih

 

 

Seiring dengan  perkembangan  kualiti  di  universiti ,  Pejabat  Pengurusan  Strategik  dan Kualiti  ( PPSK ) telah menjadi tunggak utama dalam menerajui pencapaian persijilan MS ISO 9001 : 2008 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. PPSK seterusnya telah diberi tanggungjawab yang lebih luas bukan setakat untuk mengekalkan persijilan MS ISO 9001 : 2008 tetapi melihat pengurusan kualiti secara menyeluruh termasuk perancangan dan pengurusan data universiti. PPSK mempunyai 3 jabatan utama iaitu Jabatan Perancangan Strategik , Jabatan Pengurusan Kualiti dan Jabatan Pengurusan Data bagi membantu manjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan.

Bagi memastikan universiti terus berkembang pesat dan maju , ( 5 ) matlamat telah ditetapkan oleh pihak universiti merangkumi aspek pendidikan , sumber manusia , urustadbir dan governance , infrastruktur , kewangan , pengantarabangsaan , penyelidikan dan inovasi serta penglibatan masyarakat telah diwujudkan.

Adalah diharap agar semua warga UTHM akan terus mampu menyesuaikan diri dan mengambil manfaat dari peluang yang wujud dalam  pasaran global , warga UTHM perlulah meningkatkan budaya saing dalam mengharungi arus persaingan globalisasi antara universiti dan seterusnya mengatur langkah ke arah merealisasikan Misi dan Visi universiti secara keseluruhannya.

Saya sangat berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y. Bhg. Dato' / Prof. / Tuan / Puan di atas kesudian melayari Laman Web PPSK. Adalah menjadi harapan saya agar Laman Web ini dapat membantu memenuhi keperluan maklumat semua pihak terutamanya semua staf universiti. Laman Web PPSK ini akan sentiasa dikemaskini dari segi isi kandungan , maklumat terkini mengenai aktiviti yang dianjurkan oleh PPSK.

Sekian. Terima kasih.

PROF. DR. NORAINI BINTI KAPRAWI

Blog 1Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi MyGovernment uthm linksirimcircle  UPM Portal USM Portal UTM Portal UM Portal UKM Portal