Laman Web Rasmi PPSK UTHM
Pengenalan
Pejabat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK) yang sebelum ini dikenali sebagai Pejabat Pengurusan Kualiti & Perancangan Korporat (PPKPK) telah ditubuhkan pada tahun 1998. Seiring dengan perkembangan kualiti universiti, PPSK telah menjadi tunggak utama dalam menerajui pencapaian persijilan ISO 9001:2000 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). PPSK Seterusnya telah diberi tanggungjawab yang lebih luas, bukan setakat untuk mengekalkan Persijilan ISO 9001:2000, tetapi melihat kualiti secara menyeluruh, termasuk manusia dan sistem.


